LATIHAN 2
Nilai-nilai Murni
ARAHAN :
Senaraikan nilai-nilai murni yang terdapat dalam pantun nasihat di bawah ini.
PANTUN NASIHAT
Angin teluk menyisir pantai
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati
Pergi mendaki Gunung Daik
Hendak menjerat kancil dan rusa
Bergotong-royong amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa
Air melurut ke tepian mandi
Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi
Semakin berisi semakin tunduk
Daun sirih ulam Cik Da
Makan sekapur lalu mati
Walaupun banyak ilmu di dada
Biar merunduk resmi padi
Sila tulis dalam Buku Latihan Bahasa Malaysia 1 dan hantar kepada cikgu pada hari Selasa 15 Januari 2013.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan